Saturday, 15 June 2013

Cakap Tak Serupa Bikin Lagi

Assalamualaikum

YFP --> Your Fashion Police ♔-xo | via Tumblr

Finally , boleh update blog lagi selepas seminggu blog aku dibiarkan . Busy busy busy ! Langsung tak sempat nak update blog walaupun beberapa patah perkataan . Busy dengan kerja yang tak pernah kenal erti HABIS ! Grrr ! Cakap tak serupa bikin kan ? Dulu bukan main lagi cakap nak update blog selalu bagai . Padahal ? Hahaha ..

Walaupun shift kerja aku nie ada waktu rehat yang panjang tapi still tak sempat nak update . Bila balik rumah , aku terus tidur or layan anak-anak saudara aku . Kalau aku tidur , bila bangun confirm isi perut . Then , berehat and tengok tv . Kalau shift pagi and malam , siang tu aku tidur je . Bila bangun , terus siap-siap nak pergi kerja lagi . PENAT !

Hari nie aku dah start shift pagi dan malam . Pagi tadi dah kerja sampai pukul 12.30 tengahari . Penat yang amat sangat ! Pergi kerja pukul 7.30 pagi . Bila pukul 8.30 pagi , terus masuk bilik doktor sebab nak assist doktor . Patient ramai gila ! Pukul 1.00 petang baru aku keluar daripada bilik doktor . 4jam 30minit aku berdiri tanpa duduk . Penat tu hanya Dia yang tahu . Balik lambat setengah jam je .

Malam nie pulak aku kerja tapi malam nie aku dah boleh berada dekat dispensary . Fuuhhh .. Alhamdulillah . Rilex laa sikit kalau duduk dekat dispensary . Tapi tetap busy . Sebab nak bahagian ubat-ubatan nie sama je macam bilik doktor --' Semuanya kena cekap dan tajam ingatan . Jangan sampai tersalah bagi ubat .
EH : Nak tidur sekejap . Nak rehatkan fikiran yang dah kusut nie . Tenangkan diri sebelum masuk kerja lagi pukul 7.00 malam nanti . Tersangat rindukan suasana blog aku yang meriah dulu .

Xoxo ,
Eyqa Hasnan

Thanks for reading . Like and comments for your responds

Friday, 7 June 2013

Money Flying Without Wings

Assalamualaikum


Tengok ! Barang yang aku dah borong petang tadi . Semuanya stok untuk sebulan . Hahaha .. Sementara gaji ada lagi nie , baik aku beli terus barang keperluan . Nanti kalau dah habis , naya hidup aku ! Beratus duit aku terbang petang tadi --'

Beli barang keperluan di atas , makanan and more . Semuanya habis around RM300+ . Trust me --' Masa pergi , purse tebal bukan main lagi . Bila balik rumah , aku sendiri dah tak perasan purse ada ke tidak . Nipis semacam je .

Now , gaji aku tinggal beberapa je lagi . Kahkahkah .. Sempat lagi laa sampai ke hujung bulan kalau aku tak luangkan masa aku dengan fikirkan barang keperluan yang tak berapa nak penting . Tadi masa tengah pilih barang , macam-macam aku nak capai . Tapi bila fikir-fikir , nextime boleh beli ! Hahaha ..

So , jom siapkan baju untuk pergi kerja esok . Barang keperluan dah settle . Dah tak perlu aku pening fikirkan barang keperluan yang dah habis . Walaupun duit aku terbang melayang-layang , aku sabar je laa . By the way , first time nak guna body lotion felinna tu . Kehkehkeh :'D
EH : Mengantuk gila tapi still gagahkan diri untuk siapkan pakaian pergi kerja esok . Nasib baik esok shift pagi petang je . Kalau shift sampai malam , nangis aku !
Xoxo ,
Eyqa Hasnan

Thanks for reading . Like and comments for your responds

Ini adalah blog peribadi . Sebarang pendapat yang aku luahkan di sini adalah dari aku sendiri , tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika aku letakkan nama pemiliknya .

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog . Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli .

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima kasih ,
- Eyqa Hasnan -