Siapa Yang Menangis?

10:37:00

Assalamualaikum
Selepas update entry Rumah Sewa Puaka, gigihlaa aku nak story lagi satu cerita yang baru lagi aku terkena sebelum Ramadhan. Dalam awal bulan Mei aku terkena benda. Ya Allah, kenapa aku insan terpilih yang tidak bertuah untuk itu? 😭

Kali nie benda nie memang buat aku takut meremang habis weyy! Gila tak meremang kalau kena benda macam tu walaupun hanya dengar sahaja. Kalau aku tegur hari tu, taktahu laa apa yang akan terjadi. Nasib baik hari tu mulut aku nie dapat cover sebaik mungkin. Biasanya mulut aku berpuaka jugak suka tegur.

Kisahnya macam nie, pada hari Rabu bulan Mei tu, aku pergi rumah nenek aku untuk hantar periuk dan lemang. Aku, ayah dan dua orang anak saudara aku je yang pergi. Bila sampai rumah nenek, aku turun sensorang je sebab nak cepat. Bayangkan masa aku sampai rumah nenek petang hari sekitar pukul 6 petang tu, grill pintu terkunci tapi pintu rumah terbuka.

Aku pun assume laa maklong aku tinggal nenek yang sensorang kat rumah sebab nenek aku nie sakit. Katil nenek diruang tamu di tepi pintu utama rumah tu. Kiranya katil nenek nie belakang pintu bila pintu rumah dibuka. Tepi katil nenek tu ada tingkap yang menghadap beranda rumah.

Aku nie masa sampai intai-intai je laa dalam rumah sambil bagi salam. Bila tengok sunyi je, aku letak periuk dan lemang atas kerusi tepi pintu luar tu. Masa aku letak periuk, aku dengar suara nenek menangis mendayu-dayu je kat tepi tingkap katil dia. Sangat mendayu weyy! Aku pun terdetik dalam hati taknak tegur sebab nanti nenek suruh aku teman dia sampai maklong balik. Hahahahahahaa cucu derhaka betul 😅

Aku pun terus blah sebab malas nenek tahu aku datang. Masa tu tak ada apa-apa yang berlaku pun. Selepas seminggu, aku pun pergi rumah maksu sebab nak ambil bubur pulut hitam. Bila sampai rumah maksu, maksu ajak aku borak-borak sebab dah lama aku pergi rumah dia sejak aku kerja. Busy je memanjang 😇

Entah macam mana, aku cerita pasal dengar nenek menangis dan aku blah sebab taknak nenek tahu yang aku datang. Terus maksu aku terkejut! Maksu cakap nenek mana ada kat rumah hari tu. Nenek pergi rumah nenek saudara aku. Malam baru nenek rumah. Rumah tu memang kosong masa tu sebab tu maklong kunci macam tu je rumah.

What?! Siapa yang menangis weyy? Selepas maksu aku cakap macam tu, automatik aku meremang teruk. Sampai aku tak bagi ma ayah tinggal aku sensorang kat rumah 😅 Sebab aku dengar sebijik suara nenek aku menangis mendayu-dayu tepi tingkap. Balik rumah terus aku cerita ma ayah. Dorang ingat aku tahu nenek tak ada kat rumah tapi dorang taktahu yang aku dengar suara nenek tu.

Terus rasa serik jadi cucu derhaka. Hahahahahahaaa baru sekejap niat taknak layan nenek, terus dengar suara nenek menangis macam tu. Nasib baik sekarang dah bulan Ramadhan, tak ada laa takut sangat 😓😓😓

You Might Also Like

10 Comments

  1. Replies
    1. Haa tu laa. Nasib baik sekarang bulan puasa..

      Delete
  2. Replies
    1. Bila dah tahu tu jadi makin seram :(

      Delete
  3. Oh my seram nye kalau kena cm eyqa nie. 😱😨 seb bek la da lama lepas tu bru tau.. meremang tengkuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa a'ah. Buatnya tahu masa tu, mahu menangis tepi longkang :'(

      Delete
  4. mak aih eyqa, seramnya dengar! adehhh, memang meremang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa lagi seram masa dengar depan depan tu :'(

      Delete