Baju Raya Tak Jadi

11:11:00

Assalamualaikum
Raya dah dekat tapi baju raya tak jadi. Apa perasaan kau kalau kena macam tu? 😭 Aku punya kecewa tu jangan cakap laa. Aku punya angan-angan nak bergaya di hari raya bukan main tinggi lagi. Sekali baju kau hancur weyy! Hati aku? Hancur jugak!

Ceritanya bila baju aku siap, aku tak ada rasa nak try baju tu. Yelaa mana tahu tiba-tiba baju tu terbesar ke, terkecil ke apa kan. Tapi langsung tak ada rasa nak try baju tu. Selepas seminggu baju tu siap, baru laa terbuka hati nie nak try baju raya tu.

Huwarrggghhhhh! 😭😭😭😭😭 Apa nak buat nie? Apa nak buat? Baju raya yang aku tempah baju kurung moden berkain jenis A-Line tapi kain tu jadi kembang serupa gaun. Apa kau rasa weyy? Apa kau rasa?! Menangis melalak aku tepi katil masa tu.

Boleh dikatakan baju tu jadi sangat buruk! Tak sesuai langsung dipanggil sebagai baju raya. Aku tak buat apa dah. Terus aku simpan baju raya tak jadi tu plastik dan campak dalam almari. Taknak tengok! Mood raya aku dah capai 95% merundum ke 5% je. 90% tu dah hilang bersama-sama baju buruk tu!

Menangis aku whatsapp Kak Ida cerita yang baju raya adiknya nie hancur. Siap hantar gambar lagi! Kakak ipar aku pun terkejut tengok baju aku. Tahu laa aku nie besar tapi janganlaa over sangat jahitkan baju aku tu 😭😭😭 

Terus suruh Kak Ida balik tunggu sebab nak ajak teman pilihan baju raya baru kat kedai. Bila Kak Ida balik je, terus aku pergi beli. Habiskan gaji macam tu. Sehelai pun RM200 weyy! Kering kejap gaji aku. Tak apa, demi raya! Bila dah beli dan try baju baru, mood raya aku over tau! Meningkat terus 200%! Hahahahahahaaaa tak sabar nak raya 😄😄😄😄😄

Checklist:-
✔  Baju Raya [Baju Kurung, Jubah, Blouse, Seluar]
✔  Kasut Raya [Sandal, Selipar]
✔  Shawl Raya [Maroon, Mustard and coming soon *ada lagi tak beli*]
✔  Tukar Duit Raya [RM1, RM5]
✔  Handbag Raya [Ini pilihan ma]
✔  Henna Raya [Baru pakai di jari. Lukis belum]
Bakal Suami [Belum berjumpa jodoh lagi]

You Might Also Like

10 Comments

  1. perghhh hihihi.. tak sabar gak nak raye ni, tapi kite macam xbeli pape lagi ni.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi tu nak beli akak oii. Hahahahaaa cari mood beraya jom

      Delete
  2. Tahun nie takde checklist raya. Tahun nie semua bersederhana. Sobss sobss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, bersederhana lagi elok tauu

      Delete
  3. Alaaa kesiannya awak..Nasib dah jumpa pengganti baju tu. Mai beli siap dah kat kedai je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhuu, tu laa. Nasib baik jugak dapat jumpa baju baru.

      Delete
  4. baju raya kita pun terbesar sikit tahun ni. redha je la sbb beli ready made :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alter laa dulu dear. Tu laa nasib tak baik betul kali nie..

      Delete
  5. nak kesian pun ada, nak gelak pun ada, nak gelak sebab zapp, kejap je ada ganti baju raya yang tak jadi tu, dan tetiba mood raya melonjak jadi 200%. haha! nais la eyqa, jom eyqa! jumpa dekat pantai sura..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa kena cepat cari mood raya :'D Haa boleh boleh.. Nanti kita plan keluar sesama tau!

      Delete