Saturday, 24 December 2016

Meh Sandar Pada Aku Full Episode

Assalamualaikum

meh sandar
Sinopsis :-
Mengisahkan kehidupan Afnan Tasneem yang sentiasa ceria dan agak bendul yang tak bertempat membuat praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam.

Doktor Syed Nadhan hidupnya tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala.

Kerana sebelum ini Doktor Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Doktor Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Doktor Syed.

Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Doktor Syed pada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Doktor Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Doktor Syed suka pada Afnan Tasneem.

Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Doktor Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. Keadaan lebih bercelaru bila mama Afnan Tasneem berkahwin dengan papa Doktor Syed.

Papa Doktor syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Doktor Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Doktor Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Doktor Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu.

Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa dan sebagai abang, Doktor Syed cuba memujuk tetapi seperti tak kena.

Berita kematian mama dan papa membuatkan Doktor Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Doktor Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Doktor Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Dengan bantuan Doktor Syed juga Doktor Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© All Rights Reserved Eyqa Hasnan