Hantu Atau Ilusi

16:00:00

Assalamualaikum
Rasanya dah lama tak update blog. Biasalaa, line wifi rumah sewa nie slow sangat. Nak connect wifi pun boleh bergaduh dengan jiran sebelah. Sementara aku dah dapat connect wifi kat laptop nie, dapatlaa update blog kejap.

Hantu atau ilusi aku semata-mata. A bit worse laa bila fikir hal nie. Let's start the story okay? Aku sewa rumah Hostel Wifi di Sabak Bernam. Biasalaa dah nama pun students kan. Tak dapat kamsis, carilaa rumah sewa berdekatan dengan politeknik nie.

Semester lepas masa duduk rumah nie, okay je walaupun pernah sekali aku terserempak dengan entiti yang paling aku minta dijauhkan daripada jumpa or terserempak. Tapi semester nie paling kerap okay! Housemates dah banyak kali ternampak dalam rumah nie. Kau rasa?

Masa semester lepas, aku ternampak kat ampaian rumah jiran. Yelaaa, masa tu dah malam kot masa aku tengah sidai kain. Siang hari tak sempat nak cuci basuh. Balik kelas baru sempat cuci and sidai. Haa masa nampak tu terus masuk rumah. Sempat lagi cover sebab aku tak lari. Aku berjalan laju macam apa je cari pintu rumah. Terkejut punya pasal!

Kali nie housemates nampak benda kat dapur rumah nie. Haa sekarang aku dah jadi penakut! Nak ke dapur pun nak ada orang temankan. Kalau tak, berdebar weyy! Apatah lagi housemates cakap pernah nampak benda tu kat ruang tamu masa dia nak pergi pukul 2pagi . Lagi laa aku fikir bukan-bukan. Rasa macam lama je nak lalui hari-hari sementara nak habiskan studies nie.

Bila tanya ustazah, dia cakap rumah nie memang ada penunggu. Entahlaa, hati nie rasa berdebar-debar je. Lambatnya masa berlalu! Bila maghrib je, rasa berdebar. Kalau boleh nak siang hari je! Semoga Allah lindungi kami semua. Taknak nampak benda yang macam tu.

You Might Also Like

2 Comments

  1. Ayukkk tatahu. hahhaa takde la saje gurau. biasa lah tu. mungkin itu tempat dia dulu. banyakkan berdoa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaaa takut jugak sikit . Risau tetiba muncul bila duduk sensorang kat rumah nie . InsyaAllah :)

      Delete