Biar Aku Jadi Penunggu Full Episode

23:37:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya.

Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya.

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin.

Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?

Isteri Tuan Ihsan Full Episode

23:36:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja ).

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan.

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja.

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi .

Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”?

Kehadiran Dr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar. Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia cemburu bila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan.

Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta. Soleh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. Dengan ini saja mereka boleh bernikah.

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka.

Disangka Tan Sri Shamsudin terus menjulang keegoannya. Masa berganti terlalu pantas. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsudin. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsudin semakin uzur dimakan usia. Persaudaraan yang terputus terjalin semula . Seroja dan Tuan Ihsan bahagia . Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia.

Pengakhiran Laptop Aku

16:14:00

Assalamualaikum
Lepas aku post je entry Baiki Atau Pilih Laptop Recon, terus ayah suruh trade in je laptop. Rasa nak menangis, mengamuk and menjerit pun ada masa tu. Tiga tahun lebih weyy laptop tu dengan aku and tu laptop pertama aku. Gila tak sayang!

Tapi nak buat macam mana kan? Tu atas arahan ayah aku. So, terima je laa. Masa aku cakap kat tauke kedai tu yang aku nak trade in, dia macam taknak kasi. Sebab dia cakap kalau trade in kena bought something laa.

So, aku try bodek sampailaa dia cakap okay. Hahahahahaa.. Kalau aku ambil laptop rosak tu buat apa kan? Better aku trade in je. Dapatlaa duit tu sikit. Lepas tu, dengan rasmi tak rasminya aku dah takde laptop. Sumpah sedih!

Sekarang harapkan laptop rumah nie je laa. Tapi sekarang aku masih menunggu panggilan kerja. Taktahu laa dapat ke tak. Dah banyak tempat aku submit resume. Dapat ke tak tu semuanya urusan Dia. Aku hanya mampu berdoa dan berharap je. Harap-harap aku dapatlaa kerja tu. Tak puas weyy bila tak dapat pegang duit hasil sendiri. Doakan aku dapat kerja ya!

Baiki Atau Pilih Laptop Recon

17:31:00

Assalamualaikum
Stress sangat bila mood nak update blog nie mencurah-curah tapi laptop dah rosak. Stress weyy! Tu laa satu-satunya laptop pertama aku. Ayah belikan laptop tu bila dapat tahu aku boleh sambung belajar. Elok je habis belajar, laptop jahanam terus.

Punca laptop rosak? Tertumpah air masak tanpa sedar. Nampak tumpah atas lid tu je, bila dah lap and try on, takleh. Esoknya hantar ke kedai, dah berkarat and salah satu RAM slot ada kesan terbakar. Try tanya range kalau cuba-cuba baiki laptop tu RM600.

Orang tu cakap kalau trade in RM120. But kalau trade in mesti kena beli something kan? Takleh dapat duit tu. Seriously confius okay! Taktahu nak buat pilihan sama ada baiki yang taktahu dapat elokkan laptop tu atau tak ataupun grab je laptop recon tu. Kalau nak beli baru, kesian jugak nak suruh ayah belikan. Baru je habiskan tiga ribu lebih untuk decoration bilik aku. Takkan nak suruh belikan laptop baru lagi!

By the way, kalau ada yang tertanya-tanya apa itu laptop recon, boleh baca and rujuk my previous entry Apa Itu Komputer/Laptop Recon. And walaupun dah habis belajar, laptop still penting bagi aku. Mana tahu ada rezeki bekerja nanti nak guna laptop, takkan masa tu baru nak terhegeh-hegeh cari laptop.

So, apa pendapat korang? Baiki atau pilih recon je? One more thing, laptop aku yang rosak tu Lenovo je and Intel Core 3. Laptop recon tu jenama Dell Intel Core 5.

Apa Itu Komputer/Laptop Recon

16:59:00

Assalamualaikum

Image result for laptop photography tumblr
RECON adalah kata pendek dari perkataan RECONDITIONING, atau dalam bahasa melayu bermaksud PEMULIHAN (DIBAIKPULIH, DIPERBAIKKAN). Dengan ini bermaksud KOMPUTER RECON ini adalah komputer terpakai/telah dipakai (bukan yang rosak atau reject) dan diperbaikkan semula oleh kami pada tahap maksima termasuk spray, cuci, re-programming dan lain-lain proses upgrade seperti tambah RAM, HARDISK, PROCESSOR. Komputer Recon yang kami jual kebanyakan di import dari luar negara dan kebanyakan komputer ini sebelumnya diguna di Pejabat sahaja. Komputer yang kami jual diberi WARRANTY HARDWARE selama 3 BULAN.

Jadi, kenapa memilih KOMPUTER RECON?

Harga murah! Setiap pembelian pasti harga menjadi keutamaan. Sama seperti komputer terpakai. Harganya lebih murah berbanding yang baru kerana komponen dan program yang agak sedikit lama. Walaupun lama tetapi masih boleh digunakan.

Jimat! Biasanya komputer terpakai dijual dengan pakej. Satu pakej termasuk CPU, monitor, speaker, keyboard dan mouse. Tidak perlu membeli satu demi satu.

Tiada perbezaan ketara dengan komputer baru! Contoh paling mudah, jika membeli komputer yang digunakan oleh makmal sekolah atau universiti. Beza teknologi cuma 2 hingga 3 tahun. Jika membeli untuk rumah, ia masih boleh dikatakan berbaloi kerana komputer masih boleh digunakan selama mungkin selagi mampu.

Selamatkan bumi dari lambakan komputer di pasaran! Go green!

Mudahnya, kenapa masih membeli komputer baru jika masih boleh berjimat sehingga 80%. Wang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Jadilah pembeli bijak.

Meh Sandar Pada Aku Full Episode

12:11:00

Assalamualaikum

meh sandar
Sinopsis :-
Mengisahkan kehidupan Afnan Tasneem yang sentiasa ceria dan agak bendul yang tak bertempat membuat praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam.

Doktor Syed Nadhan hidupnya tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala.

Kerana sebelum ini Doktor Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Doktor Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Doktor Syed.

Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Doktor Syed pada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Doktor Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Doktor Syed suka pada Afnan Tasneem.

Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Doktor Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. Keadaan lebih bercelaru bila mama Afnan Tasneem berkahwin dengan papa Doktor Syed.

Papa Doktor syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Doktor Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Doktor Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Doktor Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu.

Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa dan sebagai abang, Doktor Syed cuba memujuk tetapi seperti tak kena.

Berita kematian mama dan papa membuatkan Doktor Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Doktor Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Doktor Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Dengan bantuan Doktor Syed juga Doktor Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Cinta Roller Coaster Full Episode

09:55:00

Assalamualaikum

https://1.bp.blogspot.com/-Vlja1dLdccQ/WEKtTwoVMOI/AAAAAAAAE68/QIciZshPfFA_c6_ffVRSYyRCiMs9AZSngCLcB/s1600/Cinta%2BRoller%2BCoaster.jpg
Sinopsis :-
Drama mengisahkan Syakir dan Ziany yang berkahwin pada usia muda. Mereka melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya SPM. Pelbagai masalah dan isu timbul sehingga mereka menyambung pengajian ke universiri. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat, Muzammil, Athirah, dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

7 Hari Mencintaiku Full Episode

18:46:00

Assalamualaikum
https://2.bp.blogspot.com/-SaPfpM-HLCs/WBx0wo5mE0I/AAAAAAAAMoE/puRAw4t_IZYJquyfDmobuzUUcZ0o6Vh6ACLcB/s640/7%2BHari%2BMencintaiku%2B%252810%2529.png
Sinopsis :-
Drama 7 Hari Mencintaiku mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia.

Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati.

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku?

Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Interview Kerja

17:40:00

Assalamualaikum
22112016 aku dah pergi interview kerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat guaman area sini. Phew! Persaingan weyy walaupun sebagai kerani. Ingatkan aku je yang datang interview tapi meleset weyy sangkaan aku!

Ada lagi sorang nie datang interview jugak. At first tu level confident aku tinggi tapi bila dengar je dia cakap dia dah ada pengalaman kerja sebagai kerani, level confident aku menjunam jatuh. Why why why? Terus aku rasa macam susah untuk aku dapat kerja tu.

Tapi yang suka bila majikan tu dia buat yang datang interview nie macam kawan je. Just tanya education background, tinggal mana, experiences and terus sembang pasal anak-anak dia, kehidupan dia and more. Hye! Aku suka macam tu laa.

Apa yang aku harapkan aku dapat kerja tu. Bukan apa, tiga tahun weyy belajar. Even nie lari bidang aku belajar tapi takpe. Aku nak cari pengalaman kerja aku sambil nak cari duit sendiri. Takkan selama-lamanya aku nak harapkan duit ayah je.
❝ Ya Allah Ya Tuhanku. Aku bermohon padaMu Ya Allah. Bukakanlaa pintu rezeki Nursyafiqa Binti Hasnan agar dapat kerja itu ataupun yang lebih baik. Aminnn... ❞

Result Semester Akhir

16:02:00

Assalamualaikum
Alhamdulillah, officially graduated from Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Bangun je pagi terus check result final semester. Even tak capai target nak dekan, at least sikit lagi. Takleh nak frust sangat, kang aku nie macam tak reti bersyukur.

Parents pun nampak gembira even anak bongsu dia nie tak capai pointer 3.50. Lol! It's just a number right ? *sedapkan hati* Tak sangka dah habis belajar secara rasminya weyy! Rasa macam baru je lagi menangis-nangis taknak parents tinggalkan aku kat PSIS tu.

So, tahniah semua yang check result politeknik hari nie. Yang mana dapat dekan or lulus tu, seribu tahniah. Yang mana tak dapat, tak capai target or gagal, it's okay. Cuba lagi semester depan. Jangan pernah putus asa. Ingat! Apa yang kau usaha, itu yang akan kau dapat.

Tamat Diploma

01:04:00

Assalamualaikum

Pada tarikh 03110216 tepat pukul 4.30, unofficially aku selesai habis enam semester selama tiga tahun untuk diploma. Fuhh! Perasaan tu jangan cakaplaa. Bangga and sedih bercampur okay. Bangga sebab berjaya habis belajar selama tiga tahun and sedih sangat bila berpisah dengan sahabat-sahabat aku.

Jujur, aku tak pernah ada kawan yang totally masuk air macam dorang. Bila aku masuk politeknik tu, barulaa aku jumpa sahabat sebenar aku. Tiga tahun disana aku bersahabat dengan orang-orang yang tolong bila aku dalam kesusahan, yang sama-sama rasa bila aku senang. Terima kasih ya Allah kerana pertemukan kami.





Dua hari before last paper kalau tak silap, gagahkan diri pergi photoshoot kat bendang okay. Semata-mata nak cipta kenangan bersama gituuuuu. Nie sahabat setia aku sembilan orang. Kemana je mesti sembilan orang nie tapi tak selalu laa sebab aku kadang-kadang melepak kat rumah je.


Yang ramai-ramai nie budak kelas aku tapi tak penuh sekelas nie sebab ada yang dah balik *whatever*. Weyy! Seriously aku sayang dorang tau. Kalau classmates lelaki nie lagi laa. Haritu ada problem dengan sistem untuk final year project, muka-muka nie gigih tolong aku. Terharu!

Sebab nie gambar aku kan, so aku besarkan saiz gambar. Special gitu! Hahahahaa.. Aku laa yang suka menangis dalam bilik sensorang bila aku over stress. Perasaan takleh nak gambarkan bila habis belajar nie. Hello! Even setakat diploma je, takpelaa. Degree tu tunggu dulu. Kau takyah nak ejek-ejek aku.
❝ 22112016 nie aku ada interview as clerk. Doakan aku berjaya! Nak cari pengalaman dulu je nie. Walau apa pun kerja aku dapat, asalkan halal. ❞

Lara Terindah Full Episode

11:26:00

Assalamualaikum
Image result for lara terindah
Sinopsis :-
Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya.

Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

Wipeout Malaysia Frenzy Waterpark Lumut

15:41:00

Assalamualaikum

26082016 aku and housemates ke Frenzy Waterpark Lumut, Perak. Cuba search tempat tu. Wipeout versi Malaysia okay! For me, seriously best. Bayangkan selama nie aku just tengok wipeout kat astro je. Tapi kali nie aku main benda tu semua.

Range harga pun macam package students je. Murah okay! Tapi main benda nie kena banyak hati-hati sebab kalau tak ikut arahan dan peraturan, maybe boleh cedera. Jangan menggatal nak flip ke apa kalau kau tak pandai. Patah tangan or tengkuk baru tahu!

Pergi sini tak ada gopro and tak ada casing handphone waterproof. So, gambar masa tengah main tak ada. But it's okay, everyone enjoy it! Pergi muka lawa-lawa je semua, balik semua macam terlebih masak. Hitam and berbelang!





❝ Pengalaman tak dapat dibeli tapi dapat dicipta. Jangan buang masa dengan benda tak yang mendatangkan hasil. Cipta kenangan dan pengalaman! ❞

Janam Janam (Malay Version) - Sheryl Shazwanie

22:36:00

Assalamualaikum
Kasih oh kekasih
Kau selalu disisiku
Berjanji setia kita bertemu semula
Berdua jasad berbeza
Namun hati menjadi satu
Jadilah milikku selama lama
Jangan pernah tinggalkan diriku

Dan hanya kamu yang bisa mengubati rasa rindu
Tanpanya dirimu hatiku tidak menentu
Dan hanya satu permintaan yang ku ingin darimu
Jadilah milikku selama lama
Jangan pernah tinggalkan diriku

Jadilah milikku selama lama
Jangan pernah tinggalkan diriku

Kau kekasihku aku cinta kepadamu
Kaulah bintangku menerangi malamku
Sepi duniaku kan bila tiada dirimu
Jiwa ragaku tersemat di kalbumu
Kaulah selama lama
Tetap dalam jiwa
Kaulah yang bertakhta bersama selamanya

Kasih oh kekasih
Kau selalu disisiku
Berjanji setia kita bertemu semula
Berdua jasad berbeza tapi hati menjadi satu
Jadilah milikku selama lama
Jangan pernah tinggalkan diriku

Dan hanya kamu yang bisa mengubati rasa rindu
Tanpanya dirimu hatiku tidak menentu
Dan hanya satu permintaan yang ku ingin darimu
Jadilah milikku selama lama
Jangan pernah tinggalkan diriku


Hantu Atau Ilusi

16:00:00

Assalamualaikum
Rasanya dah lama tak update blog. Biasalaa, line wifi rumah sewa nie slow sangat. Nak connect wifi pun boleh bergaduh dengan jiran sebelah. Sementara aku dah dapat connect wifi kat laptop nie, dapatlaa update blog kejap.

Hantu atau ilusi aku semata-mata. A bit worse laa bila fikir hal nie. Let's start the story okay? Aku sewa rumah Hostel Wifi di Sabak Bernam. Biasalaa dah nama pun students kan. Tak dapat kamsis, carilaa rumah sewa berdekatan dengan politeknik nie.

Semester lepas masa duduk rumah nie, okay je walaupun pernah sekali aku terserempak dengan entiti yang paling aku minta dijauhkan daripada jumpa or terserempak. Tapi semester nie paling kerap okay! Housemates dah banyak kali ternampak dalam rumah nie. Kau rasa?

Masa semester lepas, aku ternampak kat ampaian rumah jiran. Yelaaa, masa tu dah malam kot masa aku tengah sidai kain. Siang hari tak sempat nak cuci basuh. Balik kelas baru sempat cuci and sidai. Haa masa nampak tu terus masuk rumah. Sempat lagi cover sebab aku tak lari. Aku berjalan laju macam apa je cari pintu rumah. Terkejut punya pasal!

Kali nie housemates nampak benda kat dapur rumah nie. Haa sekarang aku dah jadi penakut! Nak ke dapur pun nak ada orang temankan. Kalau tak, berdebar weyy! Apatah lagi housemates cakap pernah nampak benda tu kat ruang tamu masa dia nak pergi pukul 2pagi . Lagi laa aku fikir bukan-bukan. Rasa macam lama je nak lalui hari-hari sementara nak habiskan studies nie.

Bila tanya ustazah, dia cakap rumah nie memang ada penunggu. Entahlaa, hati nie rasa berdebar-debar je. Lambatnya masa berlalu! Bila maghrib je, rasa berdebar. Kalau boleh nak siang hari je! Semoga Allah lindungi kami semua. Taknak nampak benda yang macam tu.

Langkah-Langkah Terbaik Untuk Lelaki Yang Sudah Berkahwin

13:47:00

Assalamualaikum
Langkah 1
Bila kau nampak perempuan cantik, dah laa cantik, seksi, bau dia wangi pulak tu dan kau rasa suka dan berkenan, kau tengok betul-betul perempuan tu. Apa yang kau suka.
Langkah 2 
Bila kau balik rumah kau pandang bini kau. Apa beza dia dengan perempuan yang kau suka tadi.

Langkah 3
3.1 Kalau bini kau rambut dia kusut masai berbanding perempuan tadi, kau bawak dia pergi saloon buat rambut
3.2 Kalau bini kau muka dia tak putih macam perempuan tadi, kau bawak dia pergi spa atau kau belikan produk-produk yang boleh putihkan kulit dia. Kan dah banyak produk kat pasaran. Kau google je.
3.3 Kalau bini kau pakai baju selekeh, kau bawak dia pergi shopping complex. Belikan baju yang cantik dan daring. Kalau malu nak bawak bini pergi shopping, kau beli online. Orang akan pos sampai rumah.
3.4 Kalau bini kau tak pandai bercakap atau bini kau berkomunikasi cara kampung, ajar dia atau bawak dia pergi kelas komunikasi. Atau kau search kat youtube kaedah-kaedah komunikasi moden. Suruh dia tengok. Cakap kat bini kau, lepas bini kau layan drama TV3 atau cerita korea, suruh dia layan video tu pulak.
3.5 Kalau bini kau tak pandai masak, kau carikan resepi-resepi kat facebook. Lepas tu, kau tagged bini kau. Kalau kau tak nak malukan bini kau dengan cara tu, kau screenshot and sent whatasap kat bini kau. Bila kau dah bagi resepi, kau jangan kedekut nak beli barang dapur pulak. Makan nak sedap, barang dapur kedekut. Bangang namanya!
3.6 Kalau kau cium bini kau busuk, kau belikan perfume. Perfume RM10 ada, perfume mahal pun ada. Kau pilih je bau apa kau nak.
3.7 Kalau kau tengok gigi bini kau kuning, bawak pergi jumpa dentist. Putihkan!
3.8 Kalau kau tengok bini kau gemok, bawak la pergi gym. Takpun subscribekan kelas zumba. Paling koman, belikan produk kurus. Jangan kau tak bagi dia makan sebab nak bagi dia kurus pulak. Kang mati kebulur bini kau tu nanti.
3.9 Kalau bini kau tak seksi, kau belikan baju-baju yang seksi macam kau selalu tengok kat facebook atau TV atau pornhub. Then suruh dia pakai.

Penutup
Kalau kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik, buatlaa tiga atau empat kerja cari duit. Bila bab duit nak cantikkan bini kau, duit asyik tak ada. Tapi bila bab duit nak ajak awek cantik pergi karaoke dan tengok wayang, ada pulak? Bodoh!

Kesimpulan
Bijakkan aku?
Credit : Facebook Wanlove Fasha

Final Year Student

14:58:00

Assalamualaikum
Tak update blog langsung! Sekarang aku dah balik Sabak Bernam untuk habiskan diploma aku nie. Tabahlaa woyy untuk beberapa bulan nie. Takde semangat nak balik sebenarnya. Tapi nak buat macam mana kan.
Aku balik Sabak Bernam 19062016 haritu. Elok je balik, aku demam yang boleh tahan teruk. Alhamdulillah semalam baru sihat sepenuhnya tapi still kena makan ubat sampai habis. Demam, batuk dan sakit tekak. Sampai takleh berpuasa selama tiga hari!
Doakan aku supaya aku sentiasa sihat ya. Antibodi sekarang makin menurun! Asyik sakit je laa. Haa! 30062016 aku balik Dungun. Tak sabar nak balik sebab nak makan masakan ma even baru seminggu balik sini. Penat duduk sini sebab kena masak sendiri. Sahur pun kena sediakan makanan sendiri. Pity me!

Salam Ramadhan 2016

15:20:00

Assalamualaikum


 Dah 03 Ramadhan baru reti nak ucap Salam Ramadhan kepada umat Islam di seluruh dunia. Bukan apa, a bit busy sampai tak sempat update blog. Lagipun aku baru dapat anak saudara baru. Lagi laa aku super busy!

Ingat! Bulan nie bukan bulan pembaziran. Jangan banyak sangat beli juadah bazaar ramdhan sampai tak habis makan. Rugi! Sila berjimat cermat. Lagi elok kalau banyakkan masak sendiri. Lagi jimat dan sihat! Kan?

 One more thing, jangan makan banyak macam Patrick nie. Berhenti sebelum kenyang. Kang malas nak tunaikan ibadah pulak. Yelaa, perut over kenyang! So, aku dengan rendah diri ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Respon Yuyu Zulaikha Tentang Tidur Atas Toto Selama Empat Bulan

13:42:00

Assalamualaikum
 Kisah seorang blogger Yuyu Zulaikha yang viral baru-baru nie tentang pernah tidur atas toto selama empat bulan selepas berkahwin. Memang aku tabik pada Yuyu dan suami kerana sanggup tidur atas toto selama empat bulan. Pergghhh! Boleh sakit tulang belakang woyy! Tetapi disebabkan viral nie, ada sesetengah masyarakat nie tak faham dan tak cuba fahamkan apa yang Yuyu post. Maka jadilaa fitnah dan fikir bukan-bukan. Dibawah nie aku ada screenshot apa yang Yuyu post.

Disebabkan post atas nie, tiba-tiba ada yang cakap berkenaan Yuyu naik helikopter semasa majlis perkahwinan. So, ada yang anggap mustahil orang susah. So, Yuyu respon tentang tu!


Sudah jelas ke belum? Aku harap benda nie tidak jadi fitnah lagi. Kesian Yuyu dan suami. Dahlaa Yuyu tu kecil je orangnya. Difitnah lagi! Makin kecil aku tengok dia. Hahahaaa.. By the way, aku retweet semalam cakap-cakap orang tentang Yuyu. So, aku post laa sini sekali. Aku harap yang cakap-cakap tu baca laa entry nie dan tak fikir bukan-bukan dah.



Married Tapi Benci Full Episode

13:59:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Drama ini mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej yang bernama Kamal dan Rina. Kamal menjadi kegilaan para pelajar wanita memandangkan dia adalah seorang pelumba basikal yang kerap menjadi juara dalam setiap kejohanan yang disertainya. Rina pula adalah seorang pelajar perempuan yang agak kasar dan meminati motorsikal berkuasa besar. Rina bersikap sebegitu kerana dia tidak bersetuju ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda selepas ibunya meninggal dunia.

Kamal tertarik pada kecantikan Rina dan telah cuba untuk memikatnya tetapi Rina pula bencikan lelaki dan telah berjaya memalukan Kamal di depan pelajar kolej yang lain membuatkan Kamal jadi sakit hati. Lebih menyakitkan hati Kamal apabila Rina berkawan baik dengan Daniel yang menjadi musuh ketat Kamal. Tetapi dalam masa yang sama, Kamal ingin menyelamatkan Rina dari Daniel yang merupakan seorang lelaki yang suka ambil kesempatan ke atas wanita.

Satu hari Kamal telah mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motorsikalnya. Tetapi Rina pula yang menjadi mangsa kerana dia telah bertukar motorsikal dengan Daniel. Kamal rasa bersalah dan telah ke hospital untuk melawat Rina. Bermula dari situ Kamal dan Rina mula menjadi rapat.

Daniel menjadi cemburu dan mula berdendam dan dia telah merancang sesuatu untuk merangkap Kamal dan Rina sehingga mereka ditangkap berkhalwat dan dipaksa berkahwin.

Biarpun telah bergelar suami dan isteri, Kamal dan Rina tetap meneruskan aktiviti lasak tanpa mempedulikan rumahtangga. Namun dalam diam mula terbit bibit bibit cinta. Kebahagian mereka membuatkan Daniel tidak puas hati dan merancang sesuatu untuk memusnahkan kebahagian mereka.

Jasmine Full Episode

13:53:00

Assalamualaikum
Sinopsis Jasmine 
Sinopsis :-

Jasmine dan Ryan adalah sepasang kekasih. Tina pula mempunyai perasaan kepada Ryan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat mereka berpisah.

Segalanya telah berubah apabila Jasmine mengandung dan Ryan enggan bertanggungjawab. Lagi malang, Ryan menyuruh Jasmine untuk menggugurkan kandungannya. Jasmine kecewa dan membawa diri ke Australia dan nekad untuk membesarkan bayinya di sana.

Tina mengambil peluang ini untuk rapat dengan Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan telah sedar dan berjanji untuk berubah menjadi lelaki yang baik kepada Jasmine.

Pada masa yang sama, Jasmine bertemu Khalif dan jatuh cinta. Siapakah yang akan Jasmine pilih pada akhirnya? 

Aku Pilih Kamu Full Episode

09:49:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.


Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya?

Duda Terlajak Laris Full Episode

20:43:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack (Idris Khan) yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

Luluh hati Pehah “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.

Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu (Bella Nazari) atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis (Wawa Zainal) telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini?

Segmen Pencarian Bloglist Jun 2016

17:45:00

Assalamualaikum
http://beehaazman19.blogspot.my/2016/05/pencarian-bloglist-jun-2016.html
So, sementara free petang nie, aku join this segmen. And bagi sesiapa yang join jugak, boleh click pada banner tu okay?

Anti Syampu Safi Shayla

17:30:00

Assalamualaikum
Hari nie nak update pasal syampu safi shayla. Taktahulaa sama ada terjadi pada korang atau tak. Tapi benda nie terjadi pada aku. Aku sebagai pengguna, boleh beri feedback aku tersendiri. Am I right?
Okay, haritu ada aku beli syampu safi shayla untuk kawalan minyak yang baru. Disebabkan rambut aku berminyak kalau aku selalu makan benda yang pedas, aku beli laa syampu safi shayla tu. Kononnya nak cuba laa sebab sebelum nie aku pakai syampu lain.
Lepas dua hari pakai syampu tu, makin teruk rambut aku. Berminyak teruk! Sedangkan sebelum tak pernah berminyak seteruk tu. Nak cakap aku makan pedas, aku tak makan pedas untuk dua tiga hari tu. Aku nie syampu kerap sikit sebab rambut dah teruk tapi makin teruk lagi rambut aku.
So, what's the point of oily scalp control? Kenapa rambut aku makin teruk? Makin teruk berminyak tu salah satu cara untuk kawalan minyak ke? I can't get it! One more thing, lepas syampu rambut guna syampu tu, aku jadi pening. Bau tu tak best!
Sebagai pengguna, aku rasa tidak salah jika aku menyuarakan pendapat aku. Aku yang terkena benda tu. Mungkin orang lain tak kena. Dan mungkin juga aku tidak faham proses kawalan minyak untuk jenis rambut berminyak.
P/S : Aku tidak berniat nak burukkan nama sesuatu produk tetapi aku berkongsi pengalaman aku yang terkena.

Suami Tanpa Cinta Full Episode

12:25:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?

Dia Semanis Honey Full Episode

12:03:00

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?