Review - Celcom First Basic 38

12:43:00

Assalamualaikum


Hari nie nak review pasal Celcom First Basic 38 nie. Meletop gitu! Baru-baru nie Celcom telah melancarkan pelan postpaid terbaru mereka yang mendapat sambutan ramai iaitu Celcom First Basic 38. Pelan postpaid ini berbeza dengan pelan postpaid sedia ada yang ditawarkan oleh telco-telco lain di Malaysia kerana menawarkan pakej harga serta kelebihan yang mampu membuatkan ramai pengguna prepaid dan pelanggan telco selain Celcom untuk jump ship.

Actually, aku nie memang pengguna setia Celcom tapi prepaid laa. Aku student, tak mampu nak guna postpaid. Setiap bulan nak bayar, mana nak cari duit? Parents bank in duit tiap-tiap minggu untuk makan, minum and beli barangan studies je. Boros? No!

Tetapi disebabkan ada pelan postpaid terbaru nie, ayah belikan aku nombor baru postpaid yang Celcom First Basic 38. Seriously, berbaloi sangat! Aku suggest kepada semua untuk bertukar ke Celcom!


Okay macam nie ceritanya pasal gambar tu. Setiap bulan just perlu bayar RM38. Data 3GB dan WiFi 3GB. Mendapat 50 minit panggilan dan 50 SMS ke semua telco. Setiap bulan akan dapat okay! Siapa nak bagi? Celcom laa! Kalau korang terlebih guna minit panggilan dan SMS tu, korang kena bayar lebihlaa. Kadar panggilan 15sen/minit dan 15sen/SMS/MMS. Haaa lagi satu! Baki kuota internet korang yang tak habis pakai nie, akan dibawa ke bulan yang seterusnya. Yang special lagi, tiada pay-per-use okay. Kalau kuota internet habis, tak ada bayar lebih. Cuma internet korang je jadi slow.

Korang boleh je nak convert prepaid to postpaid. Nak bertukar? Pergi ke Celcom Blue Cube berdekatan dan bagitau je nak convert prepaid to postpaid. Semudah 1 2 3 je. So, selamat mencuba!

Setahun Berlalu

10:41:00

Assalamualaikum

video
❝ Alhamdulillah, 15052014 until 15052015. Setahun sudah berlalu kau dan aku. Bukan senang nak sampai ke tahap nie. Bergaduh, bermasam muka, tak contact berhari-hari and banyak dah kita lalui berdua. Mungkin akan ada orang bercakap bukan-bukan pasal kita. Tak apa! Kita abaikan je, Kalau mereka bagus, mereka tidak akan judges kita sesuka hati. Kan?

Walaupun orang bercakap bukan-bukan pasal kita, kita diamkan je. Lama-lama bila penat, senyaplaa mereka tu. Nie yang dinamakan kehidupan. Tak semua orang sukakan kita walaupun kita tak kenal siapa dia. Hati mohon tabah dan kental!

Mohammad Khairul Hazim Bin Jasli, terima kasih untuk semuanya. Sabar dengan perangai aku yang pelik nie, sabar dengan panas baran aku, bahagiakan aku dan semuanya. Biarlaa orang cakap baru bercinta tapi dah kecoh. Kita tak susahkan hidup mereka kan? Kita tak guna duit mereka satu sen pun kan? Abaikan!

Habiskan belajar yang tinggal lagi setahun lebih nie, cari kerja yang berjawatan tetap, bertunang and kahwin. Yeayh, insyaAllah. Doakan yang baik-baik. Semoga dipermudahkan olehNya, direstui kedua ibu bapa. Kita hanya mampu merancang je. Semoga hubungan kekal dengan ikatan yang sah. ❞

Lesen Kereta

21:09:00

Assalamualaikum


Selepas beberapa hari, baru boleh update blog. Kesuntukkan masa buatkan aku susah nak update blog. Bila ada masa, idea lari entah kemana pulak. Sedih kan? So, sementara ada sedikit masa lagi nie, bolehlaa aku merepek kejap.

Hari sabtu 09052015, aku pergi kursus untuk ambil lesen kereta. Umur 20tahun baru nak buat lesen kereta, Masa habis sekolah dulu, tak sempat nak ambil lesen kereta sebab busy dengan kerja je. Sekarang tengah cuti semester, baru boleh ambil lesen kereta.

So, petang tadi sempatlaa pergi ujian komputer. Markah lulus sekurang-kurangnya 42/50. Ingat mudah? Hahaha.. Berdebar macam nak final exam je tadi. Alhamdulillah, luluslaa 46/50. So, lepas nie tunggu lesen L siap and bolehlaa start buat latihan.
❝ Berdebar bila nak drive kereta gear manual nie. Tak pernah drive kereta manual. Biasa drive kereta auto je. ❞

Open New Books

22:43:00

Assalamualaikum


Setelah berbulan-bulan aku menghilangkan diri, akhirnya aku muncul kembali. InsyaAllah aku akan cuba luangkan masa secukupnya dengan blog nie. Rindunya blog kesayangan aku nie. Busy sangat sampai tak ada masa langsung untuk blog.

Tambahan lagi dengan anak-anak saudara yang makin lama makin bertambah. Tahun nie cukup empat orang anak saudara aku. Bagi aku dah ramai woyy! Budak-budak dalam proses nak membesar. Memang macam-macam ragam dorang nie. Boleh naik darah tinggi!

Hmm panjang betul mukadimah aku nie. Hahahaha.. Actually, kalau korang perasan laa kan, dah tak ada previous entries kan? Aku dah delete semuanya. Sebab aku dah niatkan nak buka buku baru. So, taknak ingat kisah-kisah lama. Sejak dah masuk umur dua puluh tahun nie, dah matang sikit. Hahahahahaa..

Ada yang cakap lama aku menghilang. So sekarang aku dah muncul kembali. Hopefully, tak ada laa yang bosan ye? Baca je laa cerita aku mengarut nie. Kalau bosan, pangkah je. Jangan tambah dosa kutuk macam-macam. Nanti aku tak maafkan!