Wednesday, 26 June 2013

Garang Untuk Kebaikan

Penulis : Eyqa Hasnan Masa : 22:47 Jumlah Komen : 6
Assalamualaikum

nothing | via Tumblr

Garang untuk kebaikan ? Sometimes kita terlepas pandang . Bila someone tu garang , selalu kita fikirkan sudut negatif . Kita tak pernah nak fikir dari sudut yang positif . Or simple thing , sesuatu yang membawa seribu kebaikan .

Sebagai contoh , si bapa marahkan anaknya . Kita sebagai jiran tetangga terus berkata sesama sendiri " Tak sayang anak laa tu . Selalu marahkan anak sendiri . Entah apa laa nasib budak tu nanti " . Tapi pernah tak kita fikir kenapa si bapa marahkan si anak tu ? Of course not kan ? Kita hanya jiran tetangga . Surely , kita tak tahu kenapa si bapa marahkan si anak melainkan semuanya berlaku depan mata kita nie .

So , takkan kita nak tunggu semuanya berlaku depan mata kita , baru kita nak ambil iktibar . Kadang-kadang , garang dan marah tu boleh menyebabkan sesuatu yang bala . Untuk elakkan semua tu , kita kena laa perbaiki diri sendiri . Jangan nak buat orang lain meluat and marah dengan sifat perangai kita . Kerana sifat marah tu , boleh mengundang perasaan lain yang menular dan wujudnya sikap garang tak bertempat . Itu puncanya apabila garang dipandang dari sudut negatif . Garang tak bertempat . Faham ?


Tengok video dekat atas nie . Aku confirm yang korang akan gelak bila tengok video nie . Kelakar and comel gila si anak tu kan ? Dengan gelagat si ayah yang tolong betulkan songkok yang besar gedabak atas kepala si anak tu . Tapi walau kelakar macam mana sekali pun , aku tabik pada si ayah . Anak yang baru berusia berapa tahun tu , dah diberikan didikan agama . Si ayah sudah mengajar anaknya mengaji walaupun sebutan anaknya tak berapa nak betul lagi tapi lancar untuk satu dua huruf . Dengar suara ayahnya garang kan ? Tu namanya garang untuk kebaikan dan garang yang bertempat . Jangan nak tunggu anak dah baligh , baru nak terhegeh-hegeh cari tempat mengaji .
Xoxo ,
Eyqa Hasnan

Terima kasih kerana sudi membaca .
Tinggalkan comments sebagai tanda ingatan anda

6 comments: