Sunday, 17 March 2013

Cinta Kau Dan Aku Full Episode

Penulis : Eyqa Hasnan Masa : 11:50 Jumlah Komen : 20
Assalamualaikum

Sinopsis Cinta Kau dan Aku

Cinta Kau dan Aku mengisahkan mengenai seorang gadis cantik dan baik hati bernama Nur Farisya Iman atau Risya. Selepas bapanya meninggal dunia, keluarganya hidup dalam serba kekurangan dan sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar tetapi masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mengakibatkan Risya tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Kemudian dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah iaitu tokoh korporat yang terkenal.

Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja. Bagaimanapun tiada siapa menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya.

Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Untuk menyaksikan apakah yang berlaku antara Risya dan Farish Hakimi, anda harus mengikuti drama ini hingga akhir.
Khamis dan jumaat pada jam 10 malam :)



Cinta Kau Dan Aku - Episod 1
Cinta Kau Dan Aku - Episod 2
Cinta Kau Dan Aku - Episod 3
Cinta Kau Dan Aku - Episod 4
Cinta Kau Dan Aku - Episod 5
Cinta Kau Dan Aku - Episod 6
Cinta Kau Dan Aku - Episod 7
Cinta Kau Dan Aku - Episod 8
Cinta Kau Dan Aku - Episod 9
Cinta Kau Dan Aku - Episod 10
Cinta Kau Dan Aku - Episod 11
Cinta Kau Dan Aku - Episod 12
Cinta Kau Dan Aku - Episod 13 (Episode Akhir)

Xoxo ,
Eyqa Hasnan

Terima kasih kerana sudi membaca .
Tinggalkan comments sebagai tanda ingatan anda

20 comments:

  1. jom join giveaway! 3 days to go!
    http://myartcrafting.blogspot.com/2013/03/crochet-crochet.html

    ReplyDelete
  2. Yeayy! takpernah miss tengok dan baca ^^ thanks eyqa :)

    ReplyDelete
  3. @Husna Hamizan Eyqa selalu miss (╥﹏╥) Hihi .. Welcome :)

    ReplyDelete
  4. WAAHH macam best je sinopsis dia ni..kene cari ni

    ReplyDelete
  5. assalam, salam ukhuwah dari bunda..

    ReplyDelete
  6. eyqa bila nak upload episof 12

    ReplyDelete
  7. @sara lisa Tunggu yer ;) Nanti akan diupload ..

    ReplyDelete
  8. mohon share please :)
    *akn di-creditkan

    ReplyDelete
  9. cerita ni saya tonton lewat malam di tv1,apabila terjumpa kat blog

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, best rupanya cerita ni, saya tonton ulangan di tv1 (lewat malam)

    ReplyDelete