Sunday, 20 January 2013

Jodoh Di Luh Mahfuz

Penulis : Eyqa Hasnan Masa : 14:57 Jumlah Komen : 8
Assalamualaikum


Even aku langsung tak ada idea nak update blog , aku tetap jugak update . Biarlaa entry merepek pun asalkan terupdate jugak . Nie laa akibatnya bila tak ada yang menarik dalam hidup . Eh ? Hoho :'D

Rezeki , ajal dan jodoh dah lama ditakdir dan tertulis di Luh Mahfuz . Siapa kita , apa yang kita dapat , sampai bila kita bernafas dan siapa yang bakal menjadi imam/makmum kita nanti sudah tertulis . Jadi tak perlulaa kita pening kepala fikir . Kita hanya merancang dan berusaha . Yang menentukan hanyalaa Dia .

Kalau kita tahu siapa jodoh kita , adakah kita dapat terima dengan hati terbuka apabila yang ditakdirkan kepada kita tidak seperti yang kita impikan ? Contohnya .. Setiap wanita idamkan seorang lelaki yang baik , soleh , berkerjaya dan mempunyai latar belakang yang baik . Tapi yang ditakdirkan kepada kita ialah lelaki yang baik , soleh , berkerjaya tapi tidak mempunyai latar belakang yang baik . Dapat ke kita terima ? Mungkin sesetengah wanita dapat tapi mungkin sesetengah lagi tidak ! Haa . Disebabkan itu , kita akan pertikaikan takdir yang ditentukan olehNya .

Then , jika jodoh kita tu suami orang . Mesti kita nie rasa macam kita nie perampas suami orang sedangkan itu jodoh yang ditentukan olehNya . Lagipun , mana ada wanita mahu berada ditempat kedua . Ramai yang mahu berada ditempat pertama . Tak percaya ? Try tengok pertandingan gadis melayu , pertandingan ratu cantika and more . Semua bersaing untuk mendapat tempat pertama . And mana ada wanita yang sanggup kasih sayang yang patut dia seorang dapat terpaksa dikongsi dengan wanita lain . Kalau mulut kata redha dan pasrah tapi hati tetap kecewa . Trust me ! Cemburu mesti tertanam dalam diri .

Namun jika Allah dah menentukan aku mendapat suami orang , walaupun susah untuk aku terima , aku terpaksa menerima . Tapi aku selalu berdoa supaya aku dijauhkan daripada mendapat suami orang kerana aku tak nak sakitkan hati seseorang yang sekaum dengan aku . Aku hanya berusaha dan tawakkal . Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar , masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA . Allah juga memberi kita peluang untuk kita menghargai pengalaman yang kita dapat yang mungkin orang lain dapat mengalami .
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . ” ( Surah Al-Baqarah : 216 )
Xoxo ,
Eyqa Hasnan

Terima kasih kerana sudi membaca .
Tinggalkan comments sebagai tanda ingatan anda

8 comments:

  1. NAL suka potongan surah tu..

    ReplyDelete
  2. Yup, kalau dah tertulis itu jodoh kita, so terpaksa terima jugaklah. Tapi kena juga berusaha, takkan nak tunggu je jodoh tu datang bergolek. :)

    Tak mau suami orang. Ick :/

    ReplyDelete
  3. @Kitty Betul tu . Tetap kena berusaha :)

    ReplyDelete
  4. semoga kita jumpa pasangan yang sebetulnye :)

    ReplyDelete
  5. betul tu, jodoh rahsia-Nya. Kita tetap kene terima dgn redha siapa jodoh kite :')

    ReplyDelete